Perusahaan reroti
Perusahaan reroti

Perusahaan reroti

Perusahaan reroti,[1] juga boleh dikenali sebagai bakeri,[1] ialah sebuah tempat perniagaan yang menghasil dan menjual makanan berasaskan tepung yang dibakar dalam ketuhar seperti roti, biskut, kek, donat, bagel, pastri dan pai.[2] Perusahaan ini boleh wujud dalam bentuk kedai kek atau kedai roti[3] (berskala kecil, biasanya jual roti dan kek secara serentak) atau kilang roti[4] (berskala besar), dan sesetengah kedai runcit roti pula dijenamakan sebagai kafe kerana menghidangkan kopi dan teh kepada pelanggan yang ingin menikmati makanan di dalam premis tersebut. Barangan kuih-muih juga dibuat di kebanyakan kedai roti di seluruh dunia.